Friday 18 December 2015

Kepentingan media social dalam perniagaan

Pembangunan  teknologi  maklumat  dan  komunikasi  (ICT)  pada  hari  ini  telah  membawa Internet melalui proses transformasi dalam memasuki fasa baharu (1). Pada peringkat awal kemunculannya, Internet telah menarik minat ramai orang untuk tujuan pencarian maklumat secara  mudah  dan  pantas,  walaupun  pada  masa  itu  ia  hanya  mampu  menawarkan  aliran komunikasi sehala (2). Penggunaan Internet terus meningkat seiring dengan proses transformasi yang menggerakkannya daripada medium pelayaran kepada medium transaksi yang membolehkan  penggunanya  melakukan  pelbagai  aktiviti    secara  dalam  talian  (2). Kini,  Internet  bukan  sahaja  berperanan  untuk  kegunaan  peribadi  tetapi  turut  digunakan  secara meluas  dalam  pelbagai  jenis  perniagaan.  Dalam  perniagaan  pelancongan  khususnya,Carson (2005) telah mengemukakan lima peranan penting Internet iaitu komunikasi, promosi, pengagihan produk, pengurusan dan penyelidikan.  Menurut Gunelius (2011), proses transformasi Internet terus berlaku dari semasa ke semasa sehingga  ia  bergerak  daripada  medium  transaksi  kepada  medium  sosial  yang  menawarkan komunikasi  dua  hala.  Generasi  baharu  Internet  ini  dikenali  sebagai  media  sosial. 

Kemunculan media sosial didapati telah mengubah pengetahuan, keperluan dan jangkaan pengguna dari sudut carian  maklumat,  perkongsian  maklumat  dan  proses  membuat  keputusan  (3).  Kini,  orang  ramai  mula  menggunakan  media  sosial  sebagai platform  urus  niaga  untuk  aktiviti  pembelian,  membuat  pertanyaan  dan  untuk  mendapatkan maklum  balas  (3).  Dari  sudut  organisasi  perniagaan,  media  sosial  membolehkan aktiviti seperti penyampaian maklumat, promosi dan proses mendapatkan maklum balas daripada pelanggan dilaksanakan dengan lebih baik (4).Jadi,  tidak  hairanlah  sekiranya  dapat  kita  lihat  pada  hari  ini  hampir  setiap  perniagaan  akan menggunakan  manfaat  daripada  perkembangan  teknologi  ini  sebagai  peluang  untuk  mereka memasarkan  produk  dan  perkhidmatan  yang  ditawarkan  dalam  pasaran  yang  lebih  besar.  Trend ini  secara  tidak  langsung  turut  mempengaruhi  perniagaan  dalam  industri  pelancongan  yang merupakan  salah  satu  daripada  industri  terbesar  dan  terpantas  berkembang  di  dunia  (5). Di sini, kepentingan media sosial dalam bidang perniagaan akan dibincangkan dan dikupas lagi. Bersosial di laman maya sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pada masa kini. Cuba bandingkan pada waktu dahulu di mana tiada talian internet, perhubungan seperti majlis keramaian menjadi tempat utama untuk bersosial di samping majlis-majlis lain.Namun kini, laman sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan pelbagai lagi laman sosial lain menjadi alternatif bagi tujuan untuk bersosial. 

No comments:

Post a Comment