Mengapa
Laman Sosial Menjadi Pilihan Untuk Perniagaan?Terdapat dua faktor mudah yang
menjadikan laman sosial merupakan perkara penting dalam perniagaan.Faktor
Pertama adalah Lubuk Jualan.Jualan akan menjadi lebih mudah apabila terdapat
banyak ‘potential customer’. Di mana banyak orang, di situ banyak peluang
jualan akan berlaku.Bayangkan jika anda membuka kedai di belakang lorong-lorong
kecil jalan yang terletak di bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang
ramai. Sudah tentu jualan anda sedikit.Oleh sebab itu banyak kedai-kedai besar
dan berjenama seperti Jusco dan Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di
kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang besar.Sama juga seperti laman
sosial yang mempunyai ramai pengguna. Ini membuka peluang jualan yang lebih
besar.
Faktor
kedua adalah khidmat media social ini memasarkan produk secara percuma. Laman sosial tidak memerlukan sebang kos
untuk anda mendapatkan satu akaun. Ianya pada kebiasannya diberikan secara percuma.
Hanya perlukan email sahaja dan anda akan mendapat kunci untuk jualan melalui
laman sosial ini.Produk dan pendekatan yang bagus dalam jualan anda akan
menyebabkan pemasaran sacara percuma berlaku. Sesuatu berita itu akan
lebih cepat tersebar di dalam laman sosial kerana berlakunya biasan berita atau
entri di dalam laman sosial.
Pendek kata, anda membuat satu entri
atau post, rakan-rakan anda akan dapat terus post tersebut. Jika mereka
menyukainya, mereka boleh share dengan rakan-rakan mereka dan proses tersebut
akan berulang-ulang secara terus. Ini yang dinamakan Viral
Marketing.Kesimpulannya, perniagaan dan jaringan sosial melalui laman sosial
sangat penting dalam perkembangan dan peningkatan jualan. Bukan sahaja percuma,
malah pendekatan yang lebih efektif buat masa kini bagi sesetengah produk.
Bukan semua sesuai untuk jualan menerusi laman sosial.
No comments:
Post a Comment